Stesen Radio khusus untuk Negeri Perak mula bertapak bila Radio Malaya Stesen Ipoh ditubuhkan pada 1956 di satu tapak berhampiran Lapangan Terbang Ipoh. Pada tahun 1966, sebuah bangunan stesen Radio yang lengkap hasil ilham arkitek Iversen Van Sitteran didirikan di atas kawasan seluas 5.670 Hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Kontraktor yang mengendalikan pembinaannya ialah Syarikat Teoh Tay & Son dari Sungai Siput, Perak. Radio Malaya Stesen Ipoh telah memulakan operasinya daripada bangunan baru di Jalan Dairy, Ipoh dengan anggota seramai 50 orang. Selain ruang pejabat, bangunan ini memuatkan 5 studio radio, auditorium dengan kapasiti 500 penonton dan bengkel kejuruteraan.
Hari ini, RTM Perak mempunyai 77 orang kakitangan termasuk yang bertugas di Stesen Pemancar Grik.
|
.: GAMBAR SEKITAR PERAK FM KINI
|
|